Anda di sini

Ngap Sayot bakal berwajah baharu

Advertisement

Oleh Harry Ilias//

KUCHING: Pasukan Sarawak bakal berwajah baharu pada musim depan selepas Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengambil keputusan untuk me-lepaskan sembilan pemain.

FAS menggugurkan empat pemain iaitu Lot Abu Hassan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Aidil Mohamad dan Reeshafiq Alwi.

Sementara lima pemain lagi memilih untuk berhi-jrah menyertai pasukan-pasukan lain iaitu Jun-ior Eldstal, Sani Anuar Kamsani, Mafry Balang, Rashid Aya dan S. Chan-turu.

Pemain kebangsaan, Junior Eldstal akan menyer-tai Selangor pada musim depan manakala Chanturu tidak dapat me-nolak tawaran lumayan dari Johor Darul Takzim manakala Rashid Aya berhijrah ke Felda United.

Bagaimanapun, Sarawak berjaya mengekalkan khidmat kapten pasukan-nya, Joseph Kalang Tie yang sebelum ini juga dikatakan bakal berpindah ke pasukan lain.

Turut dikekalkan ialah pemain sayap lincah, Ashri Chuchu selain dua pemain pertahanan kental iaitu Hairol Mokhtar dan Rames Lai Ban Huat.

FAS turut mengekalkan pemain import, Ryan Alan Griffiths dan Gabor Gyepes untuk musim depan.

Penyerang Bosnia, Muamer Salibasic turut diberi kepercayaan namun nasibn-ya bergantung kepada kecederaan yang dialaminya pada masa sekarang.

Majlis perpisahan pemain-pemain diadakan kelmarin dan turut disertai Presiden FAS yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datu Sudarsono Osman.

Menurut Sudarsono, ketiadaan sem-bilan pemain itu tidak akan menjejas-kan prestasi Sarawak pada musim depan namun mereka perlu bekerja keras untuk men-cari pemain-pemain baharu yang lebih berkualiti.

“Kita berusaha untuk mengekalkan pemain yang berkualiti serta im-port seperti Gabor dan Ryan. Namun, kita perlu men-cari lebih ramai pemain baharu untuk menguatkan pasukan pada musim depan,” katanya.

Menurutnya, memang tidak dielakkan pemain-pemain yang akan meninggal-kan kita (Sarawak) seperti Junior yang telah kita latih sehingga menjadi antara pemain terbaik negara.

Menurut Sudarsono, FAS telah meny-erapkan dua pemain Piala Presiden Sarawak iaitu Shreen Tambi dan Shameen selain turut mengenal pasti beberapa pe-main berpotensi untuk diserapkan dalam skuad senior.

“Ia tetap kempen yang berjaya bagi pasukan Sarawak meskipun kita seka-dar menduduki tempat ketujuh dalam saingan Liga Super musim ini.

“Saya percaya jika kita tidak berdepan ma-salah keced-eraan, Sarawak mung-kin mampu me-namatkan saingan dengan lebih baik dalam saingan liga dan Piala Malaysia,” tambahnya.

Menurutnya, FAS juga masih me-naruh kepercayaan terhadap Robert Alberts untuk terus mengemudikan Sarawak pada kempen musim depan.

Pemain-pemain akan bercuti seh-ingga 9 November depan manakala Salibasic akan menjalani pemeriksaan lanjut dengan doktor pakar.

Advertisement