Anda di sini

‘Lan Ngail’ bukan setakat pertandingan memancing

Advertisement

Oleh Siti Aisyah Ramli

 

PERTANDINGAN Memancing ‘Lan Ngail’ bersempena Sambutan Karnival Ilmu dan Hari Inovasi anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) Pustaka Negeri Sarawak mendapat sambutan menggalakkan daripada warga kota di Kuching, baru-baru ini.

Kira-kira 200 penyertaan dari pemancing diterima bagi merebut hadiah menarik yang telah disediakan.

Malah, ia juga terbuka kepada orang ramai seawal usia 10 tahun dan ke atas dengan tujuan mengeratkan silaturahim dalam kalangan kakitangan serta warga kota.

Selain itu, ia turut menjadi aktiviti riadah bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Pertandingan yang bermula dari jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1 petang itu menyaksikan pemancing turun dengan peralatan memancing masing-masing dan mengambil tempat di sekitar Tasik Pustaka.

Tidak kurang dengan sebatang joran, ada antara peserta pemancing hadir dengan lima joran bagi menaruh nasib untuk menangkap ikan besar sekali gus menjuarai pertandingan itu.

Peserta bernama Razali Sebli menjuarai Pertandingan Memancing’ Lan Ngail’ selepas memancing ikan rohu seberat 2 kilogram.

Selain aktiviti memancing, Pustaka turut memeriahkan lagi sambutan dengan pelbagai program lain bagi merancakkan lagi Karnival Ilmu dan Hari Inovasi itu.

Antara lain ialah pameran agensi kerajaan, kempen derma darah, pemeriksaan kesihatan percuma, Kejohanan Dart Terbuka, Demonstrasi RC dan pertunjukan helikopter dan bot berkuasa enjin, ‘flea market’, ceramah kemasyarakatan serta pameran kereta dan motosikal.

TURUT SERTA: Pameran skuter.

Advertisement