Anda di sini

duduk Program Hati Ke Hati berlangsung dengan penuh semangat patriotik

Advertisement

KAMI CINTA MALAYSIA: Alexander serta tetamu kehormat yang lain bersama penduduk setempat menunjukkan semangat patriotik mereka pada program tersebut.

SETIA KEPADA MALAYSIA: Alexander mengetuai rakyat menandatangani sepanduk Kami Cinta Malaysia sebagai tanda sokongan semua penduduk DUN Ngemah menolak isu/sentimen Sabah/ Sarawak keluar Malaysia.

UNTUKMU MALAYSIA: (Dari kiri) Katis, Alexander, Ambrose, Wan Mohd Zuki serta penduduk lain menyanyi bersama lagu Jalur Gemilang sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

 

APA KHABAR?: Alexander bersalaman dengan hadirin sebaik tiba di Rumah Penghulu Ambrose Pengiran.

 

 

Oleh Watt Zacchaeus //

JABATAN Penerangan Daerah Kanowit telah menganjurkan Program Hati Ke Hati di Rumah Penghulu Ambrose Pengiran Sampai, Nanga Ngungun di Kanowit, barubaru ini.

Serentak dengan program tersebut, sambutan Hari Malaysia turut diraikan oleh hadirin dengan nyanyian Kibar Jalur Gemilang dan bendera negeri Sarawak.

Program itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Alexander Vincent.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kanowit Katis Noel Nyabong, Pegawai Gerak Saraf dan Pengurusan Isu dari Ibu Pejabat Penerangan Negeri Sarawak Iskandar Ahmad, Pegawai Penerangan Daerah Kanowit Wan Mohd Zuki Wan Ismail dan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit Inspektor Mohd Noor Ali dan Tuai Rumah Penghulu Ambrose Pengiran Sampai.

Kira-kira 400 hadirin yang terdiri daripada penduduk setempat, ketua-ketua jabatan, pemimpin masyarakat dan ketua kaum telah menghadiri program itu yang diadakan dengan penuh semangat patriotik.

Pada program itu juga, Alexander telah mengetuai hadirin untuk menandatangani beramai-ramai sepanduk ‘Kami Cinta Malaysia’ sebagai tanda sokongan semua penduduk DUN Ngemah menolak isu/sentimen Sabah/Sarawak keluar Malaysia.

Turut diadakan taklimat isu semasa bertajuk Sentimen Sabah/ Sarawak Keluar Malaysia oleh Inspektor Mohd Noor.

Pada program itu juga, Alexander turut mengadakan sesi Hati Ke Hati sebagai platform mengenal pasti masalah rakyat serta sebagai usaha mendekatkan diri dengan rakyat.

 

Advertisement