Anda di sini

Seramai 50 kakitangan NREB hadiri Klinik Petanque dan Pertandingan Petanque

Advertisement

BINTULU: Seramai 50 kakitangan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) menyertai Klinik Petanque dan Pertandingan Petanque sempena perayaan ulang tahun ke-20 NREB di Gelanggang Petanque Lapangan Terbang Lama di sini baru-baru ini.

Program dan pertandingan petanque dalam acara beregu itu merupakan anjuran bersama NREB Bintulu dengan kerjasama Persatuan Sukan Petanque Sarawak (PEPSAR).

Klinik Petanque dikendalikan oleh Presiden PEPSAR, Janudin Ab Rahman yang menyampaikan ceramah mengenai sejarah sukan petanque, gelanggang, peralatan dan pakaian permainan sukan itu, teknik permainan, undang-undang dan demonstrasi permainan petanque.

Sementara itu, Ketua Pejabat NREB Bintulu merangkap pengerusi program, Sinanawati Manto berterima kasih kepada PEPSAR kerana mengadakan klinik tersebut.

“Penganjuran klinik ini bertujuan untuk mendedahkan kakitangan NREB berkenaan sukan petanque di samping sebagai persediaan untuk mereka menghadapi pertandingan yang diadakan tersebut,” jelasnya.

Sebanyak 40 pasukan di Bintulu menyertai pertandingan petanque tersebut dan majlis penutupan pertandingan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengawal Kualiti Alam Sekitar NREB Sarawak, Justine Jok Jau.

Turut hadir Exco Persekutuan Petanque Malaysia, Wan Ridwan Wan Laila, ketua dan kakitanagn NREB seluruh Sarawak.

 

Advertisement