Anda di sini

59 perajurit muda sertai Kursus Repalman Kelas 2 Siri 1/2014

Advertisement

TAMAT: Damien (barisan kedua, tengah) bergambar bersama para peserta kursus setelah majlis penutupan selesai.

PEGAWAI: Damien (depan, kiri) bersama Shamsuri pada majlis penutupan Kursus Repalman Kelas 2 Siri 1/2014 yang telah diadakan di 20RAMD di Miri, baru-baru ini.

RINTANGAN: Seorang peserta melakukan demonstrasi merayap di bawah kawat berduri sambil menerima sorakan daripada rakan-rakannya.

TAHNIAH: Damien menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta kursus tersebut.

 

 

 

Oleh Rosemaria Buma //

SERAMAI 59 orang perajurit muda telah mengambil bahagian dalam Kursus Repalman Kelas 2 Siri 1/2014 yang diadakan selama enam minggu di Batalion 20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20RAMD) di Miri baru-baru ini.

Daripada jumlah itu, 39 orang peserta adalah dari 20RAMD, manakala 20 lagi dari 3 Rejimen Renjer Diraja (3RRD) Kem Oya, Sibu.

Manakala majlis perasmian dan penutupan kursus telah disempurnakan oleh Panglima 9 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Muhammad Daniel @ Damien Abdullah.

Menurut Damien, objektif utama kursus ini diadakan ialah untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran Ketenteraan Anggota Repal atau setaraf bagi melaksanakan tugas dalam pasukan selain melayakkan anggota mendapat gaji Band 2.

Selain itu katanya, ia juga merupakan kursus asas yang perlu dihadiri setiap perajurit muda sebaik melangkah ke bidang ketenteraan.

Sementara itu, Prebet Muhammad Farid Hasbullah Mohd Ariffin, 20, dari 20RAMD dan berasal dari Pulau Pinang telah dinobatkan sebagai Penuntut Keseluruhan Terbaik dalam kursus tersebut.

Manakala Renjer Mohd Hairi Haidy Junus, 21, dari 3RRD serta berasal dari Kedah dan Prebet Mohamad Redzuan Zulkifli, 22, dari 20RAMD serta berasal dari Kelantan, masing-masing telah dipilih sebagai Penuntut Akademik Terbaik dan Penuntut Jasmani Terbaik.

Hadir sama pada majlis penutupan kursus itu ialah Penolong Pegawai Memerintah, Mejar Shamsuri Noordin.

Advertisement