Anda di sini

Lelaki maut dalam nahas

Advertisement

Oleh RUZAINI ZULKIFLI //

PAPAR: Seorang lelaki tempatan maut manakala isteri dan menantunya cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit nahas di Kilometer 11 Jalan Papar-Beaufort, dekat sini pagi kelmarin.

BEGINILAH keadaan Perodua Kembara yang dipandu mangsa selepas terbabit nahas berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Joseph Ukab, 53, beralamat di Kampung Mendulong, Sipitang dan disahkan meninggal dunia di Hospital Daerah Papar sejurus kemudian.

Terdahulu dalam insiden berkenaan, difahamkan mangsa yang memandu kenderaan jenis Perodua Kembara itu dikatakan sedang menuju ke pusat bandar bersama isteri dan anak menantunya.

Bagaimanapun, setibanya di lokasi berkenaan, tidak semena-mena muncul sebuah Perodua Alza yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 26 tahun lalu bertembung dengan kenderaan mangsa.

Impak daripada pertembungan itu mengakibatkan kedua-dua kenderaan berkenaan terbabas ke bahu jalan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintenden George Abd Rakhman berkata, siasatan awal mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan polytrauma.

“Kita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk segera tampil ke mana-mana balai berdekatan bagi siasatan kes,” katanya di sini kelmarin.

Advertisement