Anda di sini

PPD Kanowit mahu tingkatkan kualiti makanan di sekolah

Advertisement

TAHNIAH: Johan kategori berkumpulan pertandingan memasak bagi Penyelia Asrama dan Tukang
Masak Sekolah Asrama Harian (SK) daerah Kanowit jatuh kepada SK Nanga Balingiau.

SYABAS: Wakil SK Ulu Machan menerima hadiah daripada penganjur setelah menjuarai kategori individu pertandingan memasak bagi Penyelia Asrama dan Tukang Masak Sekolah Asrama Harian daerah Kanowit.

 

PEJABAT Pendidikan Daerah (PPD) Kanowit telah mengadakan kursus penyediaan makanan serta pertandingan memasak bagi Penyelia Asrama dan Tukang Masak Sekolah As­rama Harian (SK) selama, baru-baru ini.

Pada hari pertama, kur­sus bertemakan ‘Kualiti Makanan Tanggungjawab Bersama’ mengambil tem­pat dengan melibatkan 57 peserta yang terdiri dari­pada penyelia asrama dan tukang masak dari 21 buah sekolah asrama harian di daerah Kanowit.

Program ini merupakan Transformasi Asrama Har­ian yang dihasratkan se­bagai salah satu sarana dalam mendukung pelak­sanaan Pelan Pembangu­nan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk membantu mencapai aspirasi sistem pendidikan negara.

Pihak PPD Kanowit telah bekerjasama dengan pihak Jabatan Kesihatan Dae­rah Kanowit dan Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu dengan menjemput pence­ramah dalam kalangan pegawai dari jabatan-jaba­tan tersebut.

Slot ceramah meliputi Penyediaan, Pengendal­ian dan Penyimpanan Makanan, Amalan Ke­bersihan Diri Pengendali Makanan, Pencemaran dan Keracunan Makanan, Kunci Keselamatan Makanan dan Perundangan Makanan.

Ceramah telah disam­paikan oleh Hii Chai Choo dari Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu serta Geral­dine Neo Khui Khwang dan Maxxwadelle Edward dari Jabatan Kesihatan Daerah Kanowit.

Pada hari kedua, pe­serta-peserta pertandingan memasak telah bersiap sedia dengan peralatan dan bahan-bahan untuk mema­sak. Semangat yang tinggi dalam kalangan peserta ini sangat dipuji oleh pihak pejabat.

Para peserta memulakan masakan mereka tepat jam 8.30 sehingga 10 pagi dan mereka dinilai oleh para hakim yang terdiri dari­pada Sia Nguk Liong dari SMK Sedaya, Geraldine Neo dan Lee Lii Peng dari Pejabat Kesihatan Daerah Kanowit.

Kriteria penghakiman bukan hanya tertumpu ke­pada rasa yang enak tetapi juga dari segi penyediaan bahan mentah, saiz poton­gan sesuatu bahan mentah mengikut standard, cara menyediakan ramuan, ke­bersihan tempat memasak dan sebagainya.

Pertandingan yang ju­lung-julung kalinya diad­akan di Kanowit ini ber­tujuan untuk merapatkan lagi jurang antara anggota kumpulan pelaksana dan pihak pejabat selain men­ingkatkan kualiti makanan untuk melahirkan modal insan yang sihat dari segi mental dan fizikal.

Pertandingan ini dikate­gorikan kepada dua, iaitu berkumpulan dan individu. Setelah dihakimi secara adil dan saksama, pemenang bagi kategori berkumpulan jatuh kepada SK Nanga Balingiau dan johan bagi kategori individu jatuh ke­pada SK Ulu Machan.

Secara keseluruhannya, pihak pejabat sangat ber­puas hati dengan pengelo­laan kali ini dan Penolong Pegawai Daerah Kanowit Berita Sabang menyeru agar pihak Unit Pengurusan Pembangunan Kemanu­siaan (UPPK) PPD Kanowit meneruskan usaha seperti ini pada tahun-tahun yang akan datang.

Sokongan dan galakan daripada pihak pentadbir sekolah di daerah Kanowit, penyelia-penyelia asrama, tukang-tukang masak dan semua pihak yang terlibat dalam pengelolaan kursus dan pertandingan memasak ini sangat dialu-alukan oleh pihak pejabat.

Advertisement