Anda di sini

Dua pembantu perubatan maut dalam kemalangan

Advertisement

ALOR SETAR: Dua pembantu perubatan maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler di kilometer 59.8 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah ke utara, di Pendang awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa Muhamad Aslam Mat Yazid, 22, dari Kampung Banggol Setol, Pasir Mas, Kelantan dan Yusniza Mohammad Yusoff, 23, dari Kampung Gaung Tendong, Pasir Mas, Kelantan, maut di tempat kejadian akibat kecederaan pada bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Abd Aziz Ahmad berkata pemandu kereta jenis Toyota Vios itu iaitu Muhamad Aslam dikatakan gagal memotong treler yang berada di lorong kiri sebelum merempuh belakang treler tersebut.

Beliau berkata akibat rempuhan kuat itu menyebabkan bahagian hadapan kereta itu remuk teruk dan kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk bahagian hadapan menyebabkan kecederaan parah pada bahagian ba- dan. — Bernama

Advertisement