Anda di sini

Muhyiddin adakan pertemuan tertutup dengan jentera BN

Advertisement

TUMPAT: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan tertutup dengan jentera Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di sini semalam.

Timbalan perdana menteri tiba di pusat operasi BN di sini petang ini (petang semalam), diiringi Pengarah jentera BN PRK itu Datuk Seri Mustapa Mohamed, dan para pemimpin komponen negeri yang lain.

Muhyiddin dijangka akan ke pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Biji Wangsa selepas Maghrib. — Bernama

Advertisement