Anda di sini

Lelaki ditahan tipu tawar pekerjaan melalui laman sosial

Advertisement

IPOH: Seorang lelaki ditahan di Pekan Baru di sini, kelmarin selepas melakukan penipuan dengan menawarkan peluang pekerjaan melalui laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Supt Maszely Minhad berkata suspek yang berusia 27 tahun itu ditahan pada jam 5 petang selepas polis menerima laporan daripada seorang mangsa.

Beliau berkata mangsa yang berusia 22 tahun dan baharu sahaja menamatkan pengajian diperdaya dengan diberi tawaran pekerjaan selepas berkenalan dengan suspek melalui laman sosial itu pada 10 Sept lepas.

“Suspek memperdaya mangsa dengan menjanjikan pekerjaan sebagai jurutek-nik, ejen tiket atau pegawai pentadbiran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang sebenarnya tidak wujud,” katanya di sini, semalam.

Maszely berkata suspek kemudiannya menyuruh mangsa menghubungi seorang lelaki dikenali sebagai ‘Datuk Siva’ untuk men- dapatkan pekerjaan itu.

“Mangsa mula berasa curiga apabila lelaki itu mengenakan syarat dengan meminta sejumlah wang sebanyak RM1,300 dimasukkan ke dalam akaun ‘Datuk’ itu,” katanya.

Beliau berkata polis me-rampas lima keping kad ATM dan sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut.

“Hasil siasatan polis mendapati salah satu daripada kad ATM yang dirampas itu mempunyai nombor yang sama dengan nombor akaun yang diberikan suspek kepada mangsa yang digunakan untuk kegiatan itu,” katanya.

Beliau berkata suspek menggunakan modus ope-randi yang sama untuk menipu mangsa di beberapa negeri termasuk di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Pahang.

Maszley berkata suspek menipu mangsa dengan me-ngenakan bayaran antara RM300 hingga RM2,800 dan setakat ini suspek telah melakukan sembilan kes penipuan dengan nilai kerugian RM14,850. — Bernama

Advertisement