KUANTAN: Jabatan Pendidikan Pahang semalam menafikan seorang calon ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dari sebuah sekolah di sini me-ninggal dunia kerana tertekan ekoran kebocoran bebe-rapa kertas peperiksaan itu baru-baru ini.
Pengarah Pendidikan Ne-geri, Rosdi Ismail berkata dakwaan yang mengatakan murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Wira meninggal dunia akibat tekanan perasaan pada Selasa lepas, seperti yang tersebar dalam laman sosial adalah tidak berasas.
“Tiada kaitan dengan peperiksaan, saya sendiri telah menemui ibu bapa murid berkenaan dan mereka menafikan dakwaan se-perti yang tersebar di laman sosial Facebook mengatakan murid berkenaan meninggal dunia disebabkan ‘stress’,” katanya.
Malah mengikut laporan perubatan sendiri menyata-kan murid berkenaan me-ninggal dunia disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam darah secara mendadak walaupun murid itu tidak menghidap penya-kit kencing manis,” kata- nya ketika dihubungi oleh Bernama di sini semalam.
Gambar murid berkenaan tersebar di laman Facebook dengan kandungan kenyataan: “ … murid tahun enam SK Wira telah meninggal dunia pagi tadi.
Jenazah dibawa balik ke Chini, tekanan darah tinggi dan stres tahap melampau. Murid target 5A tu.”
Sehubungan itu, kata-nya beliau bagi pihak Jabatan Pendidikan ne-geri dan ibu bapa murid berkenaan meminta pihak yang menyebarkan ke-nyataan itu supaya menghentikan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu. — Bernama