Anda di sini

Azmin nafi komposisi exco dikekalkan

Advertisement

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali menafikan komposisi jumlah exco daripada setiap parti dalam pakatan rakyat adalah kekal seperti dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.

Mohamed Azmin dalam status terkini Twitternya kira-kira sejam lepas dilihat menyalahkan laporan media mengenai jumlah komposisi itu selain mengatakan ia sebagai tidak tepat malah menyifatkan perkara tersebut masih dalam proses run-dingan.

“Laporan media mengenai pengagihan kuota ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan,” katanya menerusi laman sosial berkenaan semalam.

Sebelum itu, Mohamed Azmin ketika ditemui pemberita sejurus keluar dari Istana Mestika di sini kira-kira jam 4 petang semalam menyatakan komposisi empat wakil daripada PAS dan masing-masing tiga wakil daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikekalkan.

Beliau yang dilihat mema-suki istana tersebut kira-kira jam 2.40 petang adalah bagi mempersembahkan senarai barisan Exco baharu kerajaan negeri kepada Sultan Selangor.

Sejurus keluar daripada istana, Mohamed Azmin menyatakan senarai barisan exco baharu yang dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah itu mendapat per-kenan baginda.

“Saya bersyukur kerana Tuanku (Sultan Sharafuddin Idris Shah) perkenan senarai barisan exco yang saya per-sembahkan.

“Esok pagi (pagi ini) saya akan umumkan senarai penuh nama-nama tersebut,” katanya.

Mohamed Azmin juga berkata majlis angkat sumpah exco dijadual berlangsung pada jam 2.45 petang esok (petang ini). — Bernama

Advertisement