KUCHING: Peminat berbasikal lasak dari dalam dan luar negara dijemput untuk menyertai Siol Mountain Bike XC Challenge 2014 bermula 1 dan 2 November depan di Kaki Bukit Siol di sini.
Kejohanan diadakan memupuk gaya hidup sihat kalangan belia seiring seruan kerajaan.
Antara kategori dipertandingan termasuk ‘downhill’ lelaki dan lelaki veteran (30 tahun ke atas).
MTBXC Time Trail melibatkan lelaki terbuka, wanita terbuka, lelaki junior (18 tahun ke bawah) dan lelaki veteran (40 tahun ke atas).
MTB Cross Country XC lelaki terbuka, wanita terbuka, lelaki junior, lelaki veteran dan tertutup Sarawak.
Kategori baharu diperkenalkan iaitu ‘team relay’ – Trofi Cabaran Datuk Bandar.
Yuran RM40 dikenakan bagi kategori ‘downhill’, MTB XC Time Trail dan MTB Cross Country XC.
Kategori ‘team relay’ – Trofi Cabaran Datuk Bandar pula akan dikenakan yuran sebanyak RM100.