Anda di sini

Generasi muda perlu hindari fahaman ekstremisme: Tawfiq

Advertisement

Oleh S.CONNIE PEARL SUIL

TAWFIQ (kiri) bersalaman dengan wakil persatuan gabungan Majlis Belia Sabah (MBS)

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah dinasihatkan supaya tidak memberikan sebarang ruang kepada pihak yang mempunyai hasrat untuk ‘menghancurkan’ negeri ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Tintingan berkata, kolaborasi dan pengikhtirafan militan Filipina selatan terhadap militan global seperti kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) adalah satu ancaman yang tidak boleh dipandang ringan.

“Hal ini kerana ia adalah satu keberangkalian Sabah berhadapan ancaman ini memandangkan kita pernah diceroboh di Lahad Datu.

“Tidak musatahil juga pihak itu akan meminta bantuan daripada pengganas antarabangsa jika mendapati mereka tidak mampu mencereboh Sabah semula,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perundingan Belia Sabah siri 1/2014 di Pasific Sutera Harbour kelmarin.

Justeru katanya, generasi muda perlu menghindari sebarang fahaman ekstremisme (pelampau) terhadap agama mahupun politik atau sebarang fahaman melampau yang boleh memusnahkan negeri ini.

Tawfiq berkata, perselisihan faham antara rakyat majmuk di Sabah yang mempunyai berbilang suku kaum, agama dan adat resam juga perlu dihindari bagi mengelakkan sebarang kebencian wujud dalam sesama sendiri.

“Sekiranya usaha itu gagal maka itu akan membuka pintu yang luas kepada pengganas untuk mengambil alih serta menimbulkan kekacauan yang sekali gus memusnahkan sekelip mata apa yang telah kita bina selama 51 tahun di negeri ini.

“Oleh itu, rakyat perlu terus bersatu padu kerana perpaduan mewujudkan kestabilan dan keamanan yang akan meningkatkan ekonomi, menarik ramai pelabur dan meningkatkan sosio ekonomi yang sekaligus memberi manfaat khususnya kepada orang-orang muda,” katanya.

 

Advertisement