Anda di sini

Azmin perlu buktikan tidak dibayangi individu lain

Advertisement

SHAH ALAM: Semalam Mohamed Azmin Ali sah sebagai menteri besar Selangor ke-15, menamatkan kemelut berhubung kerusi nombor satu dalam negeri paling maju di Malaysia ini.

Pelantikannya membawa kepada teka-teki berikutnya iaitu siapakah barisan anggota Majlis Mesyuarat Negeri (exco) yang akan dilantik Mohamed Azmin bagi memastikan kelancaran pentadbiran negeri?

Bagaimana pula dengan nasib empat anggota Exco PAS – Iskandar Abdul Samad, Sallehen Mukhyi, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Halimah Ali – yang sebelum ini telah menyatakan ikrar setia berkhidmat dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepanjang proses peralihan kuasa itu?

Juga, adakah Mohamed Azmin yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabanga itu dapat menyaingi kepimpinan Abdul Khalid – memandangkan Mohamed Azmin pernah lantang mengkritik pentadbiran menteri besar Selangor ke-14 itu.

Penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar juga melihat cabaran kepada Mohamed Azmin ialah untuk membuktikan integritinya sebagai seorang menteri besar yang berkemampuan membuat penilaian dan keputusan sendiri tanpa dibayangi individu lain.

“Ini penting memandangkan hubungannya (Mohamed Azmin) yang sangat rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga dianggap sebagai orang yang dipercayai ketua pembangkang itu,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Perkara ini perlu diperhalusi oleh Mohamed Azmin kerana melibatkan soal integritinya, sama ada beliau boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Abdul Khalid – yang telah menunjukkan prestasi sangat memuaskan dalam mengelakkan ketirisan wang dan salah guna kuasa.

Chandra berkata sebagai menteri besar negeri yang dikuasai menerusi gabungan PKR-PAS-DAP, Mohamed Azmin menghadapi cabaran iaitu meredakan ‘suhu politik dalaman’ selepas melalui bulan-bulan yang sukar, hasil daripada usaha menyingkirkan Abdul Khalid.

Kewujudan ‘khemah penyokong Abdul Khalid’ bukan sesuatu yang rahsia, dan mereka ini walaupun secara formal menyatakan sokongan kepada Mohamed Azmin, namun sudah pasti rasa tidak senang itu masih ada, kata Chandra.

“Jika dibandingkan dengan Abdul Khalid, Mohamed Azmin lebih faham dengan landskap politik, dan beliau sudah pasti akan mengambil jalan segera untuk beinteraksi dengan parti,” katanya.

Chandra juga melihat bahawa prestasi Mohd Azmin sudah pasti akan menjadi tumpuan, untuk meneruskan pentadbiran tinggalan Abdul Khalid, khususnya dalam perjanjian air yang melibatkan usaha sama dengan kerajaan persekutuan.

Perkara itu dipersetujui Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Azmi Hassan yang melihat Mohamed Azmin boleh terus menyokong usaha Abdul Khalid atau memilih ‘watak pengacau’ dalam perjanjian itu, hanya disebabkan perbezaan fahaman politik dengan kerajaan persekutuan.

“Isu air antara penyebab Abdul Khalid tidak disenangi pemimpin partinya, kerana beliau menandatangani perjanjian tanpa persetujuan ketuanya. Jadi agak menarik untuk kita menunggu pendirian Mohamed Azmin dalam isu ini,” katanya.

Selain itu, Azmi juga berpandangan Mohamed Azmin hendaklah memastikan barisan exconya ‘kuat dan berani membuat teguran’ sekiranya beliau dilihat cenderung membuat keputusan yang berpihak kepada individu lain.

Mohamed Azmin juga dilihat boleh mewujudkan jawatan timbalan menteri besar untuk berperanan mengawasi dan menegur tindakan-tindakannya kelak, kata Azmi.

Bagaimanapun Dekan Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Ahmad Tarmizi Talib pula melihat Mohamed Azmin masih perlu merujuk kepada partinya dalam urusan pentadbiran, supaya tidak dianggap membelakangi parti.

“Jika beliau terlalu mengikut ‘acuan’ sendiri, ada kemungkinan beliau akan menerima nasib yang sama seperti Abdul Khalid,” katanya sambil menambah bahawa perkara itu penting bagi beliau memastikan terus mendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Sementara itu, seorang pengamal undang-undang yang rapat dengan Istana menafikan dakwaan bahawa Sultan telah bertindak luar daripada peruntukan kuasa dalam memilih Mohamed Azmin sebagai menteri besar, memandangkan sokongan majoriti ADUN sebelum ini ialah kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau menambah isu pelantikan menteri besar di Selangor adalah terletak di bawah kuasa Sultan, seperti yang diperuntukkan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

“Menurut Perkara 53 (2)(a) undang-undang itu, baginda Sultan boleh melantik seorang anggota Dewan Undangan Negeri yang pada pandangan baginda akan mendapat keyakinan majoriti DUN dalam menjalankan tugas sebagai menteri besar.

“Manakala Perkara 55 (2)(a) undang-undang sama pula menyatakan Sultan boleh menggunakan budi bicara dalam pelantikan seorang menteri besar,” katanya. — Bernama

 

SHAH ALAM: Semalam Mohamed Azmin Ali sah sebagai menteri besar Selangor ke-15, menamatkan kemelut berhubung kerusi nombor satu dalam negeri paling maju di Malaysia ini. Pelantikannya membawa kepada teka-teki berikutnya iaitu siapakah barisan anggota Majlis Mesyuarat Negeri (exco) yang akan dilantik Mohamed Azmin bagi memastikan kelancaran pentadbiran negeri?Bagaimana pula dengan nasib empat anggota Exco PAS – Iskandar Abdul Samad, Sallehen Mukhyi, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Halimah Ali – yang sebelum ini telah menyatakan ikrar setia berkhidmat dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepanjang proses peralihan kuasa itu? Juga, adakah Mohamed Azmin yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabanga itu dapat menyaingi kepimpinan Abdul Khalid – memandangkan Mohamed Azmin pernah lantang mengkritik pentadbiran menteri besar Selangor ke-14 itu.Penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar juga melihat cabaran kepada Mohamed Azmin ialah untuk membuktikan integritinya sebagai seorang menteri besar yang berkemampuan membuat penilaian dan keputusan sendiri tanpa dibayangi individu lain.“Ini penting memandangkan hubungannya (Mohamed Azmin) yang sangat rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga dianggap sebagai orang yang dipercayai ketua pembangkang itu,” katanya kepada Bernama di sini semalam.Perkara ini perlu diperhalusi oleh Mohamed Azmin kerana melibatkan soal integritinya, sama ada beliau boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Abdul Khalid – yang telah menunjukkan prestasi sangat memuaskan dalam mengelakkan ketirisan wang dan salah guna kuasa. Chandra berkata sebagai menteri besar negeri yang dikuasai menerusi gabungan PKR-PAS-DAP, Mohamed Azmin menghadapi cabaran iaitu meredakan ‘suhu politik dalaman’ selepas melalui bulan-bulan yang sukar, hasil daripada usaha menyingkirkan Abdul Khalid. Kewujudan ‘khemah penyokong Abdul Khalid’ bukan sesuatu yang rahsia, dan mereka ini walaupun secara formal menyatakan sokongan kepada Mohamed Azmin, namun sudah pasti rasa tidak senang itu masih ada, kata Chandra. “Jika dibandingkan dengan Abdul Khalid, Mohamed Azmin lebih faham dengan landskap politik, dan beliau sudah pasti akan mengambil jalan segera untuk beinteraksi dengan parti,” katanya.Chandra juga melihat bahawa prestasi Mohd Azmin sudah pasti akan menjadi tumpuan, untuk meneruskan pentadbiran tinggalan Abdul Khalid, khususnya dalam perjanjian air yang melibatkan usaha sama dengan kerajaan persekutuan. Perkara itu dipersetujui Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Azmi Hassan yang melihat Mohamed Azmin boleh terus menyokong usaha Abdul Khalid atau memilih ‘watak pengacau’ dalam perjanjian itu, hanya disebabkan perbezaan fahaman politik dengan kerajaan persekutuan. “Isu air antara penyebab Abdul Khalid tidak disenangi pemimpin partinya, kerana beliau menandatangani perjanjian tanpa persetujuan ketuanya. Jadi agak menarik untuk kita menunggu pendirian Mohamed Azmin dalam isu ini,” katanya.Selain itu, Azmi juga berpandangan Mohamed Azmin hendaklah memastikan barisan exconya ‘kuat dan berani membuat teguran’ sekiranya beliau dilihat cenderung membuat keputusan yang berpihak kepada individu lain. Mohamed Azmin juga dilihat boleh mewujudkan jawatan timbalan menteri besar untuk berperanan mengawasi dan menegur tindakan-tindakannya kelak, kata Azmi. Bagaimanapun Dekan Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Ahmad Tarmizi Talib pula melihat Mohamed Azmin masih perlu merujuk kepada partinya dalam urusan pentadbiran, supaya tidak dianggap membelakangi parti. “Jika beliau terlalu mengikut ‘acuan’ sendiri, ada kemungkinan beliau akan menerima nasib yang sama seperti Abdul Khalid,” katanya sambil menambah bahawa perkara itu penting bagi beliau memastikan terus mendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Sementara itu, seorang pengamal undang-undang yang rapat dengan Istana menafikan dakwaan bahawa Sultan telah bertindak luar daripada peruntukan kuasa dalam memilih Mohamed Azmin sebagai menteri besar, memandangkan sokongan majoriti ADUN sebelum ini ialah kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau menambah isu pelantikan menteri besar di Selangor adalah terletak di bawah kuasa Sultan, seperti yang diperuntukkan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959. “Menurut Perkara 53 (2)(a) undang-undang itu, baginda Sultan boleh melantik seorang anggota Dewan Undangan Negeri yang pada pandangan baginda akan mendapat keyakinan majoriti DUN dalam menjalankan tugas sebagai menteri besar. “Manakala Perkara 55 (2)(a) undang-undang sama pula menyatakan Sultan boleh menggunakan budi bicara dalam pelantikan seorang menteri besar,” katanya. — Bernama

Advertisement