Anda di sini

Wanita Limbang didedah asas kecantikan wajah

Advertisement

Oleh Mastura Ismail //

SERLAH KECANTIKAN: Para peserta bersolek mengikut cara-cara yang telah dipelajari melalui Kursus Asas Kecantikan.

LEBIH 30 orang wanita di daerah Limbang berpeluang menyerlahkan potensi dalam asas kecantikan muka melalui Kursus Asas Kecantikan anjuran Pergerakan Wanita SPDP cawangan N69 di Purnama Hotel baru-baru ini.

Melalui kursus ini, peserta dapat mengikis sifat kurang keyakinan diri mengenai kecantikan muka selepas didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran mencantikkan muka dan betul.

Penganjur program yang juga Exco Majlis Tertinggi Wanita SPDP Negeri, Lim Goon Tee berkata, program ini dapat menyerlahkan dan aura muka golongan wanita melalui teknik ‘make up’ dengan betul.

Jelasnya, program yang ditaja Vantros Sdn Bhd ini mendedahkan peserta dengan cara mencuci muka dengan betul sebelum menghias wajah.

“Antara teknik yang diajar termasuk kaedah menggunakan bedak, pembayang mata, ‘blusher’, maskara serta teknik yang lebih berkesan untuk menjadikan ‘make up’ tampak lebih kemas dan cantik,” jelasnya.

TAMAT KURSUS: Para peserta bergambar beramairamai bersama sijil penyertaan masing-masing.

Pada program sama peserta turut diajar melukis bulu kening dengan betul memandangkan ia kerap menjadi masalah kepada sesetengah wanita.

Goon Tee menambah lagi, golongan wanita harus diajar untuk melukis bulu kening dengan cara yang lebih teliti.

“Dengan ini setiap wanita akan menjadi lebih kemas, anggun dan berkeyakinan jika dihias cantik,” katanya.

Felice Liew dari Vantros Sdn Bhd turut menjadi tenaga pengajar pada program yang berlangsung bermula jam 10 pagi hingga petang.

Kata beliau, program berkenaan akan diadakan dari masa ke masa sekiranya mendapat permintaan.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Goon Tee di talian lahkan kecantikan wajah 019-8354688.

Advertisement