Anda di sini

Lee, Diane serlah kehebatan

Advertisement

MIRI: Lee Kah Ching dan Dianne Luke muncul johan bagi Bahagian Lelaki dan Wanita dalam Kejohanan Golf Terbuka Amatur Kelab Golf Miri (KGM) 2014 kali Ke-26 yang berakhir di Kelab Golf Miri petang semalam.

Lee dan Diane kedua-duanya mewakili KGM menjuarai Kategori Lelaki dan Wanita 54 Holes Gross dengan catatan pukulan 236 dan 221.

Dengan kemenangan itu, kedua-duanya menerima piala, kayu golf, wang tunai dan tiket penerbangan pergi balik ke Bangkok.

Hadiah kepada Lee disampaikan oleh penaja kejohanan yang juga Presiden KGM Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan manakala isteri Dr Chan Datuk Lorna Enan Muloon Chan menyampaikan hadiah kepada Dianne.

Kedua-dua pemenang mewakili KGM yang memenangi keseluruhan kejohanan itu, turut menerima piala pusingan golf.

Johan bagi kategori lelaki dan wanita berikutnya: 36 Holes Nett ialah Peter Gon (KGM), Masturah Mustapha Tan (Persatuan Golf Wanita Malaysia/MALGA KGM), 1st Day Gross Ramzee Manai (Eastwood Valley Golf and Country Club/ EVGCC), Theresa Wong (KGM), 2nd day Gross Seruji (Pantai Mentiri Golf Club, Brunei) dan Ireen Teng (Tropicana), 1st Day Nett Voon Yii Kiet (KGM) dan Theresa Wong (KGM), 2nd Day Nett Malcom Ting (KGM) dan Susan Yee (KGM) dan 3rd Day Nett Thomas Tang (KGM) dan Priscilla Huong (KGM).

Kategori kelayakan wanita pula dijuarai oleh Dianne Luke manakala lelaki dimenangi Esaw Mikir.

Sementera itu kejohanan itu diadakan dari 19 hingga 21 September.

Hadir sama pada majlis bekas Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Peter Chin, bekas Kapten KGM Datuk Sebastian Ting dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Andy Chia Chu Fatt.

Advertisement