Anda di sini

Ibrahim ingatkan pemainnya agar lebih fokus berdepan Betong

Advertisement

KUCHING: Pengendali Samarahan Ibrahim Mantali mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak leka ketika melayan kunjungan Betong pada perlawanan Kumpulan C kempen Piala Sarawak 2014 di Stadium Mini Unimas petang ini.

Ujarnya, sebarang kesilapan boleh membawa padah dan menyukarkan mereka untuk memburu slot ke suku akhir.

“Betong sebuah pasukan yang serba mantap dan ini dapat kita lihat semasa mereka menundukkan Limbang kelmarin. Mereka mempunyai jentera penyerang yang mampu mengecewakan kita jika tidak dikekang dengan baik.

“Justeru, saya mahu pemain pertahanan tidak leka dan memandang rendah keupayaan mereka. Paling penting semua pemain harus bekerjasama dengan baik,” katanya semalam.

Beliau juga berharap barisan penyerangnya tidak mensiasiakan setiap peluang yang ada.

Perlawanan antara Samarahan dan Betong akan bermula pada jam 3 petang.

Kedua-dua pasukan mahu memburu tiga lagi mata bagi mengesahkan slot ke suku akhir yang akan bermula pada Khamis nanti.

Advertisement