Anda di sini

Bola Keranjang: Selangor kecewakan Sarawak

Advertisement

KUCHING: Harapan Sarawak memenangi gelaran perempuan B17 kebangsaan Kejohanan Bola Keranjang Junior Kebangsaan MABA Ke-50 di Kedah lebur apabila kalah satu mata di tangan Selangor baru-baru ini.

Suku pertama menyaksikan Sarawak mendahului Selangor 17-10.

Selangor merapatkan kedudukan menjadi 20-17 dan menamatkan suku kedua dengan 26-25.

Pemain Sarawak Khoo Yik Khi mengalami kecederaan selepas bertembung dengan pemain Selangor.

Selangor seterusny a melakar kemenangan dengan 51-50.

Biarpun gagal merangkul gelaran jurulatih Sarawak Toh Vui Kiong bangga dengan persembahan pasukannya.

“Majoriti pemain berusia 15 tahun dan kita bergantung kepada beberapa pemain senior untuk memimpin mereka,” katanya.

Pasukan lelaki sekadar berpuas hati di kedudukan kesepuluh daripada 14 pasukan bertanding.

Advertisement