Anda di sini

Sukan Asia: Tai sumbang emas pertama negara

Advertisement

TAI CHEAU XUAN

INCHEON: Atlet wushu wanita Tai Cheau Xuan mencipta kejutan apabila menjadi penyumbang pingat emas pertama negara dalam temasya Sukan Asia ke-17 di Gimnasium Ganghwa Dolmens, dekat Incheon, semalam.

Kehadiran juara dunia Wei Hong dari China ternyata tidak menggugat konsen-trasi dan semangat Tai untuk memperagakan aksi cemer-lang dalam acara gabungan Nanquan/Nandao.

Atlet berusia 24 tahun itu, yang merangkul pingat gangsa pada edisi 2010 di Guangzhou, China, mengumpul markah tertinggi iaitu 19.23 mata untuk meraih emas, sekali gus menyingkirkan dua pen-cabar terdekat iaitu Juwita Niza Wasni dari Indonesia dan Wei Hong.

Juwita Niza merangkul pingat perak dengan keting-galan 0.04 mata manakala Wei Hong meraih pingat gangsa dengan kutipan 19.15 mata.

Sementara itu, pesserta veteran negara Diana Bong Siong Lin hanya menduduki tangga tercorot dengan 18.25 mata.

Tai, yang berasal dari Neg-eri Sembilan itu, menyifatkan kejayaan itu sesuatu yang tidak diduga sama sekali.

“Sebelum datang ke sini, saya ada membuat sasaran untuk mendapat pingat, na-mun tidak percaya dapat me-menangi pingat emas kerana beberapa atlet handalan turut beraksi dalam acara ini,” katanya kepada pemberita. — Bernama

Advertisement