Anda di sini

UPSR bocor bukan sindiket: Zahid

Advertisement

PUTRAJAYA: Kes kebo­coran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya melibatkan serangkaian guru-guru se­kolah dan bukan sindiket jenayah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada guru-guru yang ditahan polis sebelum ini berhubung kes kebocoran itu mempunyai hubungan antara satu sama lain.

“Kita dah tahan beberapa individu dan apa yang dipe­roleh polis adalah mereka ini terlibat dalam bidang pen­didikan di peringkat sekolah rendah.

“Berdasarkan maklumat dari siasatan yang telah di­lakukan, ia melibatkan hanya individu tetapi ada kemung­kinan rangkaian dalam ka­langan mereka untuk beri kemudahan menjawab soalan kepada kumpulan tertentu,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Polis Palestin Mej Jen Hazim Atallah di pejabatnya di sini, semalam.

Menteri itu mengesahkan akan ada lagi tangkapan ba­haru berhubung kes itu dalam kalangan warga pendidik.

“Tangkapan lain ada…tidak libatkan VIP tetapi warga pendidik iaitu guru sekolah dan guru besar dan rangkaian ini dalam kalangan mereka sahaja…kita juga akan siasat sama ada individu yang sama melakukan kebocoran pada tahun-tahun sebelum ini,” katanya.

Setakat kelmarin, polis te­lah menahan 12 individu ter­diri daripada 10 guru, seorang ejen insurans dan seorang jurutera bagi membantu sia­satan kes kebocoran kertas peperiksaan itu manakala 18 individu telah dipanggil un­tuk memberi keterangan.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lepas manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 ter­paksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.

Sementara itu semasa di­minta mengulas tindakan Ahli Parlimen Kuching Chong Chieng Jen yang mempertikai­kan lagu kebangsaan Negar­aku dimainkan di panggung wayang, Ahmad Zahid berkata beliau seharusnya menghor­mati lagu kebangsaan.

“Adakah dia anggap Ma­laysia sama taraf dengan komunis…dia sebagai ahli politik biarpun berbeza parti dia patut hormat lagu itu. Dia patut tahu bezakan pegangan politik dan ketaatan kepada negara apatah lagu itu lagu kebangsaan.

”Saya sukacita apabila dia tarik balik dan memohon maaf bermakna dia ada kes­edaran atas kesalahan yang dilakukannya,” katanya.

Chong baru-baru ini di­dakwa mempertikaikan lagu Negaraku yang dimainkan di pawagam dalam akaun Facebooknya, telah menda­pat kritikan pelbagai lapisan masyarakat sehingga mem­buatkan beliau akhirnya memohon maaf secara ter­buka di Facebook dan me­narik semula status tersebut. — Bernama

Advertisement