Anda di sini

Seludup arak dan rokok: 13 kakitangan Kastam direman

Advertisement

PETALING JAYA: Seban­yak 13 kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia direman selama tujuh hari bermula semalam bagi mem­bantu siasatan kes berkaitan penyeludupan arak dan rokok yang tidak dibayar duti dan cukai kastam membabitkan kerugian RM4 bilion kepada negara.

Perintah reman itu dikeluar­kan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Ahmad Solihin Abd Wahid selepas membe­narkan permohonan Suru­hanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman kesemua lelaki itu.

Kesemua mereka termasuk Pengarah Jabatan Kastam negeri yang bergelar datuk akan ditahan reman sehingga Rabu depan.

Mereka yang berusia antara 32 hingga 57 tahun itu yang berpakaian lokap tiba di mahkamah di sini pada jam 9.50 pagi. — Bernama

Advertisement