Anda di sini

PM: Hospital UniSZA pastikan rakyat dapat kemudahan perubatan terbaik

Advertisement

KUALA NERUS: Projek Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Un­iSZA) merupakan inisiatif kerajaan dalam memastikan rakyat di Terengganu dan Pantai Timur amnya men­dapat kemudahan perubatan terbaik selaras ketetapan Pertubuhan Kesihatan Se­dunia (WHO), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata hospital itu nanti bukan setakat mampu mensejahter­akan kesihatan rakyat malah bakal menjadi pusat penyelid­ikan penyakit kronik terbaik negara susulan kejayaan Un­iSZA dalam Fakulti Peruba­tan dan Sains Kesihatan.

Katanya pembinaan hospital yang terbahagi kepada dua fasa itu bukan sahaja dapat mena­warkan khidmat perubatan malah juga akan merang­sang ekonomi setempat dan memberi kesejahteraan sosial rakyat keseluruhannya.

“Saya difahamkan bilangan katil kepada populasi Ter­engganu kini adalah 1:837 berbanding nisbah Lembah Klang 1:232, Pulau Pinang 1:349, Johor 1:473 dan nisbah kebangsaan 1:496 manakala WHO menetapkan nisbah 1:400,” katanya ketika beru­cap pada majlis pecah tanah projek Hospital Pengajar UniSZA berharga RM600 juta di sini semalam.

Katanya realiti menun­jukkan bahawa terdapat keperluan untuk mening­katkan jumlah katil di Tereng­ganu dan pembinaan Hospital Pengajar UniSZA merupakan bukti keprihatinan kerajaan untuk mensejahterakan kesi­hatan rakyat.

Najib berkata selepas peras­mian Kampus Kota UniSZA (hadapan Hospital Sultanah Nur Zahiran) pada 9 Jan 2009, UniSZA berjaya melahirkan 28 pelajar perubatan yang akan menerima Ijazah Doktor Perubatan tahun ini.

“Pembinaan hospital ini merupakan satu usaha ber­sepadu kerajaan pusat dan kerajaan negeri dan ia bakal menjadi mercu tanda ba­haru kepada Terengganu dan Kuala Nerus,” katanya.

Berikutan pembinaan hospital itu, UniSZA akan menjadi institusi pengajian tinggi keempat di negara ini yang mempunyai hospital perubatan selepas Universiti Malaya, Universiti Kebang­saan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.

Projek hospital itu dijangka siap menjelang akhir 2017 dan kerja pembinaannya akan ber­mula pada penghujung suku ketiga tahun ini. — Bernama

Advertisement