Anda di sini

Idris umum lapan anggota j/kuasa bebas kaji peperiksaan awam

Advertisement

PUTRAJAYA: Menteri Pen­didikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh semalam men­gumumkan senarai nama lapan anggota jawatankuasa bebas yang ditubuhkan untuk mengkaji prosedur operasi standard peperiksaan awam berikutan kes kebocoran soa­lan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Mereka ialah Presiden Institut Integriti Malaysia Datuk Dr Mohd Tap Salleh; bekas Timbalan Ketua Penga­rah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Dr Asariah Mior Shaharuddin; bekas Naib Canselor Universiti Ke­bangsaan Malaysia Tan Sri Profesor Dr Sharifah Hap­sah Syed Hasan Shahabudin dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi.

Ketua Pengarah Kes­elamatan Kerajaan Malaysia Datuk Johari Jamaluddin; Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Dr Amirudin Abdul Wahab; bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Tan Sri K. Kumaran dan Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguru­an Kebangsaan Lok Yim Pheng.

Jawatankuasa Bebas Meng­kaji Pengurusan Peperiksaan Awam itu dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi, yang pelantikannya diumumkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu lepas.

Jawatankuasa itu ditu­buhkan ekoran kes kebocoran soalan kertas peperiksaan Sains dan Bahasa Inggeris untuk UPSR 2014 baru-baru ini dan kerajaan menetapkan 30 Sept sebagai tarikh ba­haru bagi peperiksaan semula kedua-dua kertas itu.

Semasa mengumumkan se­narai itu, Idris berkata mereka merupakan tokoh berprofil tinggi yang berpengalaman dan pakar dalam bidang un­dang-undang,

pendidikan, perguruan, sekuriti siber, multimedia, komunikasi dan keselama­tan.

Beliau berkata jawatankua­sa itu akan mengkaji penguru­san peperiksaan UPSR serta memberi cadangan penam­bahbaikan dari segi operasi, tenaga kerja dan pengurusan yang perlu dilaksanakan. — Bernama

Advertisement