Anda di sini

Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dalam silibus praperkahwinan dikaj

Advertisement

IPOH: Kementerian Pemban­gunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersedia untuk mengkaji cadangan memasu­kkan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 ke dalam silibus kursus praperkahwinan.

Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd Dun berkata beberapa komponen yang terdapat dalam akta itu boleh diguna pakai termasuk­lah perkara seperti bagaimana untuk mewujudkan rumah tangga yang sejahtera dan menjaga keharmonian ke­luarga.

“Seperti yang kita tahu pada hari ini semakin bertambah kes keganasan. Melalui akta ini seterusnya dapat menan­gani sebaik mungkin… kalau keluarga itu bergolak dan berlakunya keganasan dalam keluarga itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Wanita Ke­bangsaan Peringkat Neg­eri Perak 2014 di Dewan Bankuet Setiausaha Kerajaan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, se­malam.

Beliau berkata sehingga April lepas, 287 kes keganasan rumah tangga telah dilapor­kan dan 162 kes telah diberi­kan perlindungan sementara bagi tempoh yang sama.

“Bagi sepanjang tahun 2013, 448 kes keganasan ru­mah tangga telah dilaporkan dan 218 kes telah diberikan perlindungan bagi tempoh yang sama,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapan­nya, Azizah berkata kerajaan menyasarkan kadar penyer­taan tenaga kerja wanita se­banyak 55 peratus pada tahun 2015 di bawah Rancangan Malaysia ke-10.

“Saya yakin sasaran ini dapat dicapai kerana sehingga suku pertama pada tahun ini, kadar penyertaan tenaga buruh wanita telah mening­kat kepada 53.5 peratus,” katanya.

Tambahnya, kerajaan turut memberi keutamaan terhadap usaha menangani kemiskinan di kalangan wanita dengan meningkatkan penglibatan wanita dalam aktiviti ekonomi dan keusahawanan.

Katanya, kadar kemiskinan di kalangan wanita dicatatkan pada 4.3 peratus berbanding lelaki 3.5 peratus pada tahun ini. — Bernama

Advertisement