Anda di sini

Sambutan meriah, penuh warna-warni

Advertisement

Oleh Mohd Achil Norrlatep //

KIBAR: Tetamu kehormat turut mengibarkan Jalur Gemilang ketika lagu-lagu patriotik didendangkan pada malam sambutan di Miri.

NOSTALGIA: Atai, anak saudara Allahyarham Sudirman, turut mendendangkan lagu ‘Warisan’.

SAMBUTAN Hari Malaysia Ke-51 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Miri disambut dengan cukup meriah dan penuh warna-warni malam kelmarin.

Kemeriahan dimaksudkan bukan sahaja dari aspek fizikal, malah turut memaparkan kekayaan dan kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia, khususnya Sarawak.

Disaksikan dengan kehadiran sekitar 20,000 hadirin, pelbagai pengisian program dirancang khas pada majlis di Dataran Kipas Miri.

Antaranya persembahan nyanyian koir dan nyanyian artis-artis tempatan yang diselang-selikan dengan tarian cukup menarik.

Turut diterapkan konsep kemerdekaan dan sejarah penubuhan Malaysia 51 tahun lalu menerusi tayangan video khas yang memaparkan pembentukan Malaysia hingga kini dan acara simbolik menaikkan Jalur Gemilang sambil diiringi lagu ‘Negaraku’.

Hadirin juga terpegun dengan pertunjukan bunga api selama kira-kira 10 minit sebelum acara hiburan disambung semula dengan nyanyian para artis jemputan.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis malam kelmarin ialah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem bersama isteri Puan Sri Datuk Jamilah Anu.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman serta menteri-menteri kabinet negeri dan persekutuan.

ARTIS SABAH: Jimmy Palikat yang terkenal dengan lagu ‘Anak Kampung’.

PENUH WARNA: Jalur Gemilang yang sentiasa berkibar sepanjang acara berlangsung.

TIDAK BERGANJAK: Walaupun keadaan hujan renyai-renyai pada penghujung acara, ia tidak memalapkan semangat hadirin untuk terus bersama mengibarkan Jalur Gemilang.

Advertisement