Anda di sini

UMT laksana transformasi setanding universiti terbaik

Advertisement

KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melaksanakan pelbagai transformasi bagi menempatkan universiti itu setanding dengan universiti lain di dalam dan luar negara.

Naib canselornya Profesor Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata transformasi yang dilaksanakan sejak dua tahun lepas merangkumi pelbagai aspek termasuk menambah baik sistem tadbir urus, pembangunan pelajar, penyelidikan, pembangunan bakat akademik serta pengurusan kewangan universiti.

“Kita menjalankan transformasi secara berperingkat dan berterusan dari semasa ke semasa. Dalam masa dua tahun ini, banyak yang kita capai dari segi penyelidikan.

“Kita juga  menjalankan transformasi kelestarian kewangan yang pada 2025, kita jangka UMT akan mempunyai kewangan sendiri sebanyak 30 peratus dan bergantung kepada kerajaan sebanyak 70 peratus,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas perasmian ‘Menghayati 2 Tahun Transformasi UMT’ di Kompleks Siswa, UMT di sini semalam. — Bernama

Advertisement