Anda di sini

Najib, Rosmah hadir perkahwinan anak perempuan MB Negeri Sembilan

Advertisement

SEREMBAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri majlis perkahwinan anak ketiga Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan di kediamannya di Kampung Tanjung, Rantau dekat sini.

Najib dan Rosmah turut merenjis air mawar dan beramah mesra dengan pasangan pengantin Azrin Mohamad, 27, dan pasangannya, Muhammad Azri Kasim, 27.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Ir Idris Haron, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Tan Sri Syed Hamid Albar.

Azrin dan Muhammad Azri dijabkabulkan oleh Mohamad di sini kelmarin. — Bernama

Advertisement