Anda di sini

Usahawan prihatin ceriakan anak-anak PERYATIM Sibu

Advertisement

Oleh Othman Ishak

 

BUAT KENANGAN: Para kaunselor serta ketua-ketua kaum bergambar kenangan bersama Pandi (lima kanan) serta keluarga.

KERIANGAN jelas terserlah di wajah anak-anak yatim dari PERYATIM Sibu yang diundang khas oleh seorang usahawan prihatin, Pandi Kawi serta keluarga semasa Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri dan Doa Selamat di Hotel Paramount, Sibu baru-baru ini.

Menurut Pandi, dengan menjemput anak-anak yatim dari PERYATIM Sibu, majlis anjuran mereka menjadi lebih bermakna dan ceria.

“Kehadiran anak-anak yatim dari PERYATIM Sibu memeriahkan lagi suasana sambutan majlis kami. Senyuman yang menggambarkan kegembiraan di jiwa mereka amat menyentuh perasaan kami sekeluarga,” ujar Pandi.

Isteri Pandi, Salamah Abu Samah, para kaunselor dari Majlis Perbandaran Sibu, ketua-ketua kaum, sanak saudara serta rakan taulan turut hadir pada majlis berkenaan.

Majlis tersebut turut diserikan dengan penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim, persembahan lagu-lagu Hari Raya oleh Pandi sendiri bersama isteri dan rakan-rakan taulan selain persembahan tarian poco-poco.

Advertisement