Anda di sini

Lelaki melarikan anak saudara bekas kekasih

Advertisement

BINTULU: Seorang wanita tempatan dalam lingkungan sia 20-an panik setelah anak saudaranya berusia tiga tahun dilarikan bekas teman lelakinya setelah berlaku pertengkaran antara kedua-dua mereka di tepi jalan di kawasan Jalan Abang Galau, di sini sekitar jam 9 malam Jumaat lalu.

Semasa kejadian, mangsa memandu kereta miliknya di jalan berkenaan dengan anak saudara di sebelahnya sebelum laluan mereka dihalang oleh sebuah kereta lain di hadapan.

Terkejut dengan tindakan sebuah kereta lain menghalang laluan mereka, wanita berkenaan memberhentikan keretanya dan terkejut apabila bekas teman lelakinya yang merupakan warga Indonesia keluar dari kereta berkenaan.

Sejurus itu, berlaku pertengkaran antara keduaduanya setelah wanita berkenaan bertanya kenapa bekas teman lelakinya itu bertindak demikian.

Berang dengan tindakan bekas teman wanitanya melawan kata-katanya, lelaki terbabit bertindak melarikan anak saudara bekas teman wanitanya itu seterusnya merampas kunci kereta, telefon bimbit dan dompet dari kereta wanita berkenaan sebelum melarikan diri dengan kereta yang dinaikinya.

Panik dengan keadaan itu, mangsa cuba menghubungi bekas teman lelakinya namun telefon bimbit lelaki berkenaan telah dimatikan.

Sejurus selepas itu, dengan bantuan orang awam yang berada tidak jauh dari tempat kejadian, wanita itu membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan kerana risau keselamatan anak saudaranya yang dilarikan bersama barangan peribadinya.

Polis melakukan siasatan serta-merta bagi menjejaki lelaki berkenaan yang turut melarikan anak saudara wanita terbabit.

 

Advertisement