Anda di sini

‘Kem ‘I Want Sihat‛ sampai mesej gaya hidup sihat

Advertisement

 

BERAKHIRNYA KEM: Para kakitangan jawatankuasa pengelola memberikan pose istimewa mereka.

RASMI: Katis (dua kiri) memukul gong sebagai simbolik perasmian Kem I Want Sihat.

CEGAH AWAL: Peserta Kem I Want Sihat melakukan pemeriksaan gigi.

 

 

Oleh Watt Zacchaeus //

HOSPITAL Daerah Kanowit telah menganjurkan Kem ‘I Want Sihat’ peringkat daerah itu yang diadakan di Tebingan Sungai Kanowit, baru-baru ini.

Aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik, ceramah kesihatan, ceramah keselamatan, pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan percuma , pemeriksaan gigi dan sebagainya.

Kem I Want Sihat merupakan satu program ‘outreach’ yang dirangka khas untuk komuniti dengan matlamat menyampaikan mesej-mesej dan kemahiran berkaitan cara hidup sihat terus kepada kumpulan sasar.

Ia juga merupakan satu strategi untuk komuniti ‘Kem ‘I Want Sihat‛ sampai mesej gaya hidup sihat kesihad kumpu- memperoleh pengetahuan, memeriksa status kesihatan dan memperkasakan diri dalam membudayakan cara hidup sihat.

Kem ‘I Want Sihat’ pada kali ini berkonsepkan ‘Carnival Style’ di mana setiap gerai menggunakan aktiviti interaktif untuk menyampaikan mesej kesihatan kepada orang awam.

Antara pengisian Kem ‘I Want Sihat’ yang diadakan ialah senamrobik, berjalan kaki 10,000 langkah, saringan kesihatan, pameran kesihatan, pemeriksaan gigi, cabutan bertuah, pertandingan ‘Word Search’ serta pertandingan menyusun ‘Puzzle’ yang bertemakan ‘Kenali Ubat Anda’.

Kem ini dijayakan melalui gabungan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Penerangan dan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pegawai Daerah Kanowit Katis Noel Nyabong telah merasmikan kem tersebut.

Hadir sama ialah Pegawai Penerangan Daerah Kanowit Dr Chen Xin Wee, Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Ismail Mahmood dan Pegawai Penerangan Daerah Kanowit Wan Mohd Zuki Wan Ismail.

 

Advertisement