Anda di sini

Adenan ketuai 12 penerima pingat Darjah Kebesaran Negeri

Advertisement

TAHNIAH: Taib menyemat pingat Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) kepada Adenan yang membawa gelaran Datuk Patinggi.

KUCHING: Majlis penganugerahan pingat Darjah Kebesaran Negeri sempena Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Ke-78 menyaksikan seramai 12 penerima.

Mengetuai penerima pada majlis yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang menerima pingat Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) membawa gelaran Datuk Patinggi.

Penerima seterusnya Tan Sri Datuk Amar Yaw Teck Seng yang menerima pingat Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) membawa gelaran Datuk Amar diikuti Pengerusi Eksekutif Jurutera Perunding Wahba Sdn Bhd Dato Sri Wahab Suhaili yang menerima pingat Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) membawa gelaran Dato Sri.

Sementara itu Timbalan Pengerusi Dayang Enterprise Holding Sdn Bhd Datuk Ling Suk Kiong menjadi penerima tunggal bagi Pingat Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK).

Penerima seterusnya bagi pingat Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) dibarisi Pengarah Pertanian Sarawak Datu Lai Kui Fong, Akauntan Negeri Datu Jumastapha Lamat dan Datu Thomas Jelimin daripada Mahkamah Bumiputera Sarawak.

Lima penerima pingat Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) pula dibarisi Mejar Jeneral Datuk Pahlawan Dato Abdul Nasser Ahmad, Dato Catherine Kelo Isa, Dato Dr Sim Soon Liang, Dato Alice Jawan Empaling dan Dato Vincent Yeo Siew Hee.

Majlis penyampaian Darjah Kebesaran Negeri itu semalam disempurnakan oleh Tun Pehin Sri Taib yang turut ditemani isterinya Toh Puan Ragad Kurdi Taib.

Hadir sama menyaksikan majlis itu Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah dan tetamu kehormat lain.

 

Advertisement