Anda di sini

Pergerakan Wanita UMNO tubuh Jalinan Rakyat dekati pengundi

Advertisement

PASIR PUTEH: Pergera-kan Wanita UMNO menu-buhkan skuad Jalinan Rakyat bagi mendekati pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata skuad itu yang dianggotai kira-kira 1,000 anggotanya akan berkempen dari rumah ke rumah bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ail, pada PRK itu.

“Skuad ini juga memberi tumpuan kepada pengundi baharu dan suri rumah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyua-rat perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pasir Puteh di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil di sini, semalam.

BN menamakan bekas penolong pegawai pendidikan Daerah Tumpat, Mat Razi Mat Ail, 48, untuk mempertahankan kerusi itu manakala PAS menamakan setiausaha parti itu di kawasan Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagai calonnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari ini (Sabtu) sebagai hari penamaan calon dan 25 Sept sebagai hari mengundi.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar dari BN pada 20 Ogos lepas.

Pada PRU13, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. — Bernama

Advertisement