Anda di sini

Pengarah LP digantung tugas serta-merta

Advertisement

VIENTIANE: Pengarah Lembaga Peperiksaan (LP) Dr Na’imah Ishak digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 selesai, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Turut digantung tugas Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pemban-gunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Misrah Ibrahim akan menjalankan tugas dan tanggungjawab Pengarah LP dalam tempoh itu.

“Kementerian mesti ambil tindakan segera dan tegas kerana insiden seperti ini sudah pasti akan membang-kitkan persoalan mengenai integriti Lembaga Peperik-saan dan keseluruhan sistem peperiksaan awam negara kita,” tegas beliau.

Muhyiddin bercakap pada sidang media selepas meng-hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan ASEAN Kelapan di sini Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri berkata keputu-san penggantungan tugas dibuat kerana mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini, dan menu-rutnya kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas ke-bocoran soalan itu.

Susulan itu, kertas peperik-saan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan semen-tara kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan.

Peperiksaan bagi kedua-dua kertas itu akan diadakan pada tarikh baharu 30 Sep-tember.

Muhyiddin berkata sia-satan rapi dan menyeluruh berhubung kebocoran kand-ungan kertas peperiksaan itu telah dimulakan dan sesiapa yang bertanggungjawab pasti dibawa ke muka pengadilan.

Ketika ditanya berapa lama tempoh penggantun-gan tersebut, Muhyiddin berkata ia bergantung ke-pada pihak-pihak berkaitan menyempurnakan siasatan masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau faham peras-aan marah masih membara dalam kalangan ibu bapa dan rakyat dengan apa yang ber-laku dan kementerian perlu bertindak segera.

Muhyiddin menyifatkan mereka yang melakukan perkara itu sebagai tidak be-ramanah dan pengkhianat.

Mengulas lanjut tentang penggantungan itu, beliau berpendapat pengarah perlu menanggung risikonya kerana kebocoran itu bukan perkara kecil.

Insiden seumpama itu, katanya, boleh menjejaskan nilai sijil peperiksaan dan pihak kementerian tidak boleh berkompromi dalam soal itu.

Muhyiddin juga berkata individu yang melakukan-nya tidak memikirkan kesan perbuatan keji mereka yang menjurus kepada hampir setengah juta murid terpaksa menduduki peperiksaan bagi dua kertas itu pada 30 Sep-tember. — Bernama

Advertisement