Anda di sini

Liga Piala Remaja KPM: SMK Tabuan Jaya tepati ramalan

Advertisement

KUCHING: Sekolah Sukan SMK Tabuan Jaya berjaya mara ke peringkat suku akhir kempen Liga Piala Remaja Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)-Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 2014.

Skuad pimpinan bekas pemain Sarawak Ahmad Nurfaizal Patrick Abdullah itu kini menduduki tangga ketiga dengan 25 mata di belakang pencabar SMK Syed Hassan (SSN Perlis) dengan 30 mata dan SMK Tunku Anum T.A.R (SSN Kedah) dengan 28 mata.

“Secara matematik kami sudah pun layak ke suku akhir walaupun hanya berbaki satu lagi perlawanan menentang SMK Seberang Temerloh (SSN Pahang) Sabtu ini di sini,” katanya semalam.

“Syabas diucapkan kepada semua pemain atas usaha yang jitu dalam mengharungi perlawanan sepanjang musim ini hingga berjaya melayakkan diri ke suku akhir.

“Ia satu pencapaian di luar dugaan dan cukup membanggakan pihak sekolah,” tambahnya.

Beliau bagaimanapun menegaskan kepada pemain agar tidak ambil mudah perlawanan terakhir meskipun telah mengesahkan slot ke peringkat kalah mati.

Sementara itu, semalam berlangsung majlis penyerahan tajaan kelengkapan sukan jenama Coneli oleh UHSports Sdn Bhd kepada pasukan terbabit.

Majlis penyerahan itu telah disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif UHSports Sdn Bhd, Lesley Lau Hui Lok.

Penolong Kanan Kokurikkulum SMK Tabuan Jaya Abdul Rashid Sabang pula mewakili pasukan tersebut.

Hadir sama Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tabuan Jaya Chang Sig dan Eksekutif Jualan Coneli Sports (Matang) Hadiman dan Ketua Pasukan Mohd Azri Razali.

 

Advertisement