Anda di sini

Ceramah mengenai gejala sosial di SJKC Shing Hua

Advertisement

BERTUAH: Murid bertuah yang menerima hamper daripada wakil IPD Kanowit.

Oleh Watt Zacchaeus //

SERAMAI 26 murid termasuk murid prasekolah dan 12 guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shing Hua di Kanowit telah menghadiri sesi ceramah mengenai isu-isu gejala sosial yang dikendalikan oleh Inspektor Mohd Shaazuani Razali dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit, baru-baru ini.

Program ini julung kali dianjurkan oleh Unit Disiplin serta Panitia Pendidikan Moral SJKC Shing Hua di peringkat sekolah untuk menyebarkan maklumat dan memupuk kesedaran tentang peranan warga sekolah dalam langkah menghindari diri daripada gejala sosial.

Kedatangan penceramah jemputan dari IPD Kanowit, Inspektor Mohd Shaazuani dan pembantu- pembantunya yang terdiri daripada Sarjan Gir Tai- sim, Korper- al Razali Mat Moham- ed, Kop- eral Jeepie Garinti dan Konstabel Yogeswaran Muniandy amat dialu-alukan oleh warga sekolah terutamanya murid–murid.

Sepanjang ceramah ini, murid-murid ditekankan tentang maksud jenayah, juvana, dadah dan cara mengatasi masalah gejala sosial.

Murid-murid memberi respons yang baik semasa sesi soal jawab.

Mereka juga didedahkan dengan penggunaan senapang dan pistol oleh Yogeswaran.

Terdapat pameran kecil mengenai kes jenayah, dadah dan juvana diadakan di luar kelas untuk membolehkan murid-murid melihat dan memahami dengan lebih mendalam.

Guru Besar SJKC Shing Hua Rita Lugom amat berbesar hati kerana program seperti itu dapat meningkatkan kesedaran murid tentang peranan mereka dalam menangani masalah sosial tidak kira di sekolah atau dalam masyarakat.

Beliau juga berharap program tersebut dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Program tersebut diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata kepada pegawai polis yang terlibat.

Beberapa detik dan reaksi para murid dan guru turut sempat dirakamkan bagi dikongsi bersama dengan para pembaca.

 

TUMPU PERHATIAN: Murid-murid mendengar ceramah dengan penuh tumpuan.

KENANGAN: Warga SJKC Shing Hua merakamkan kenangan bersama anggota polis yang terlibat dalam sesi ceramah tersebut.

 

Advertisement