Anda di sini

Jom sertai Kejohanan Futsal KPS pada 20-21 Sept ini

Advertisement

SIBU: Penyertaan kini dibuka kepada pasukanpasukan yang berminat menyertai Kejohanan Futsal KPS – Kelab Sukan Rekreasi Taman Rejang, yang akan berlangsung di Gelanggang Futsal TN Sport Sibu pada 20 dan 21 September ini.

Kejohanan yang dianjurkan bersama oleh Pejabat Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) Sibu, Pejabat Residen Bahagian Sibu dan Kelab Sukan Rekreasi Taman Rejang (KSRTR).

Menurut pengerusi KSRTR Halel Mohd Ibrahim, kejohanan terbuka kepada semua pasukan lelaki dan wanita yang berminat.

“Kejohanan ini bagi memilih pemain-pemain yang be rbaka t untuk mewakili bahagian Sibu ke kejohanan futsal Piala Sarawak KPS di Sarikei dari 1 hingga 3 Oktober ini,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Halel memberitahu, kejohanan juga bertujuan menggalakkan masyarakat bersukan secara aktif dan berterusan, selain bagi mengeratkan silaturahim dan kerjasama antara kaum melalui sukan.

Bagi kategori lelaki katanya, penyertaan terhad kepada 32 pasukan sementara 10 pasukan bagi kategori wanita.

“Yuran penyertaan ialah RM200 bagi lelaki dan RM100 bagi wanita,” jelasnya sambil menambah kejohanan merupakan aktiviti tahunan mereka.

Juara bagi kategori lelaki akan menerima wang tunai RM1,500, piala dan medal sementara naib juara membawa pulang wang tunai RM800, piala dan medal.

Tempat ketiga bersama akan menerima wang tunai RM400 berserta piala.

Bagi kategori wanita, juara dan naib juara masing- masing akan menerima wang tunai RM1,000 dan RM700, berserta piala dan medal.

Sementara tempat ketiga bersama akan menerima wang tunai RM300 dan piala.

“Tarikh tutup penyertaan ialah pada 17 September ini,” ujarnya sambil menambah mesyuarat pengurus pasukan akan berlangsung di Bilik Mesyuarat KPS di Stadium Tun Zaidi pada 18 September.

Borang penyertaan boleh diperolehi di TN Sport.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Halel melalui talian 013-8117850/084- 250154 atau Fauzi (019- 8386452/084-316243).

Advertisement