Anda di sini

Najib harap lawatan Hishammuddin ke Kiev membuahkan hasil

Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap lawatan kerja Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ke Kiev, Ukraine untuk meneruskan misi siasatan di tapak nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, akan membawa hasil yang baik.

“Hope for a good outcome (mengharapkan hasil yang baik),” kata Najib dalam ulasan di laman Twitternya yang dipautkan dengan catatan Twitter milik Hishammuddin semalam.

Catatan Hishammuddin itu berbunyi: “Getting ready to leave 4 Kiev (Bersiap sedia untuk berlepas ke Kiev). Doakan semua selamat berjalan lancar di sana. Akan maklum perkembangan melalui Twitter #MH17”.

Hishammuddin berlepas ke Kiev malam kelmarin bagi memastikan keselamatan pasukan penyiasat Malaysia terjamin ketika memasuki kawasan nahas pesawat itu di timur Ukraine.

Sebanyak 30 anggota petugas khas Polis Diraja Malaysia termasuk pegawai dan anggota dari cawangan Komando Vat 69, Forensik, Cawangan Foto, Persenjataan dan Unit Simpanan Persekutuan berlepas ke Ukraine bersama Hishammuddin. — Bernama

Advertisement