Anda di sini

Konvoi bermotor bakar semangat patriotik

Advertisement

Oleh Nicklos Louis Kaderi //

 

DALAM PERJALANAN: Konvoi bermotor KRT Kampung Sungai Alo merentasi Jambatan Batang Oya menuju ke Pekan Igan.

SEMOGA DILINDUNGI: Para peserta konvoi bermotor membaca doa selamat sebelum memulakan perjalanan ke Pekan Igan.

KAWASAN Rukun Tetangga (KRT) Kampung Sungai Alo berjaya melaksanakan Konvoi Bermotor Kibarkan Bendera Jalur Gemilang dan Bendera Sarawak ke Pekan Igan dengan meriah sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini.

Ketua Kampung Sungai Alo Masu’ut Hamid dengan rasmi melepaskan konvoi bermotor tersebut yang terdiri daripada 50 buah motosikal dan sebuah kereta yang diiringi oleh dua anggota polis bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan mereka ke Pekan Igan.

Mereka berlepas pada jam 8.30 pagi dan ketibaan konvoi bermotor di Pekan Igan disambut oleh Pengerusi KRT Kampung Baru Dagang Othman Kupon serta ahli-ahli jawatankuasa KRT Kampung Baru Dagang.

Pengerusi KRT Kampung Sungai Alo Hassan Puih memberitahu bahawa konvoi bermotor tersebut adalah sebahagian daripada program tahunan dan kalendar KRT Kampung Sungai Alo bagi memeriahkan dan menyemaikan perasaan cinta dan sayangkan negara Malaysia yang aman, makmur dan sentosa serta mengeratkan silaturahim dan perpaduan penduduk kedua-dua kampung tersebut.

Selain itu, ia dapat membakar semangat patriotik di kalangan generasi muda terutama Jiran Muda dalam menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut tanpa mengira penat lelah bagi memastikan keselamatan dan kelancaran konvoi bermotor tersebut.

UNTUK ALBUM: Para peserta konvoi bermotor dan ahli-ahli jawatankuasa KRT Kampung Baru Dagang bergambar kenangan.

Advertisement