Anda di sini

Pelbagai acara meriahkan sambutan merdeka Tabika KEMAS Sungai Kut

Advertisement

Oleh Nicklos Louis Kaderi //

BERMACAM GAYA: Kanak-kanak tabika dengan gaya yang tersendiri.

JAWATANKUASA Tabika KEMAS Kampung Sungai Kut Muara menganjurkan pertandingan mewarna Jalur Gemilang dan fesyen anak merdeka sempena sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini.

Seramai 30 orang melibatkan kanak-kanak tabika, guru-guru dan ibu bapa menjayakan program tersebut.

Antara aktiviti diadakan ialah mewarna Jalur Gemilang, mengibar Jalur Gemilang di kawasan tabika dan jamuan merdeka dan ‘selfie’ merdeka.

Guru Tabika KEMAS, Fabinah Robert Trawis melahirkan rasa gembira kerana kanak-kanak tabika terbabit begitu bersemangat menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Program tersebut memupuk semangat cintakan negara kalangan kanak-kanak yang menjadi tulang belakang kepimpinan negara pada masa akan datang.

Selain memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang pentingnya nilai-nilai sejarah kemerdekaan negara dan menjalinkan hubungan kekeluargaan bersama ibu bapa kanak-kanak sambilmenyemarakkan kempen kibar Jalur Gemilang.

“Saya amat gembira kerana kanak-kanak tabika di sini teruja dan setiap kali menjelang sambutan kemerdekaan mereka begitu bersemangat menyertai aktiviti seperti pertandingan mewarna dan fesyen merdeka.

“Ibu bapa juga memberi kerjasama baik dan sentiasa menyokong segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kami,” katanya.

Justeru, beliau berharap aktiviti seperti itu dapat diteruskan pada masa akan datang serta mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan aktiviti tersebut.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Tabika KEMAS Kampung Sungai Kut Muara, Setuyah Ilok.

HASIL KERJA: Kanak-kanak tabika menunjukkan hasil kerja selepas pertandingan mewarna.

Advertisement