Anda di sini

Sukan tahunan Sekolah Tunku Putra meriah

Advertisement

KUCHING: Lebih 200 pelajar memeriahkan Karnival Olahraga Tahunan Sekolah Tunku Putra yang diadakan di Padang Jubilee semalam. Sebanyak lapan acara balapan dipertandingkan antaranya 100m, 200m, 400m, 800m, 4x60m berganti-ganti, 4x80m berganti-ganti dan 4x100m berganti-ganti.

Pelajar yang terlibat dibahagikan kepada lima kumpulan iaitu Kumpulan A (15-18 tahun), B (13-14 tahun), C (11-12 tahun), D (9-10 tahun) dan E (7-8 tahun). Karnival diakhiri dengan pertandingan ‘Ice Bucket Challenge’ melibatkan para pelajar.

Pengetua Sekolah Tunku Putra Susan Holmes berkata aktiviti tahunan itu bertujuan untuk mengutip derma yang akan disalurkan ke badan-badan amal di sini.

Beliau turut melahirkan rasa gembira dengan sambutan memberangsangkan ditunjukkan oleh para pelajar dan ahli keluarga. “Ini merupakan aktiviti tahunan Sekolah Tunku Putra yang bertujuan mendedahkan kepada para pelajar aktiviti sihat melalui bersukan,” katanya semalam.

“Melaluinya kita dapat mencungkil ramai pelajar yang berbakat dan berpotensi untuk pergi dengan lebih jauh dalam bidang sukan.” Katanya, aktiviti itu juga dapat membantu melahirkan pelajar yang cerdas dan mampu berdaya saing di masa akan datang. Selain itu, ia juga menjadi landasan bagi para ibu bapa beramah mesra dan bertukar pandangan sekali gus mewujudkan hubungan erat antara sesama mereka.

Advertisement