Anda di sini

Kelab Taekwondo Smart WTF Bintulu amat membanggakan

Advertisement

BINTULU: Kelab Taekwondo Smart WTF Bintulu terus unggul apabila berjaya memperolehi 34 emas, 34 perak dan 29 gangsa pada Kejohanan Poomsae Taekwondo Antara Sekolah-Sekolah Negeri Sarawak dan Kejohanan Taekwondo Negeri Sarawak dari 29 Ogos hingga 31 Ogos lalu di Dewan Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak.

Naib Presiden Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (WTF) merangkap Pengerusi Kelab Taekwondo Smart WTF Bintulu Raja Zahari Raja Yusof berkata, kejayaan itu merupakan yang membanggakan bagi pihak kelab.

“Pihak kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, Ahli Dewan Undangan Negeri Kemena Datuk Dr Stephen Rundi Utom, Datuk Pau Chiong Ung dan Penasihat kelab Datuk Pui Kian Onn serta Jacky Law atas sokongan yang diberikan kepada pihak kelab selama ini,” ujarnya dalam kenyataannya di sini kelmarin.

Kejohanan itu disertai oleh 300 peserta dari seluruh Sarawak dan Bintulu menghantar 67 atlet.

Advertisement