Anda di sini

Bekas kakitangan agensi kerajaan disyaki terlibat kes tipu melalui SMS

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berumur 40 tahun diberkas polis kerana disyaki menipu seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) melibatkan wang berjumlah RM2,599 pada Feb lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah, Supt Saiman Kasran berkata suspek, bekas kakitangan sebuah agensi kerajaan itu diberkas di Kudat ekoran laporan polis yang dibuat oleh mangsa, seorang wanita berumur 25 tahun, pada 6 Januari lepas.

Saiman berkata dalam laporan itu, mangsa mendakwa telah menerima SMS yang kononnya dia memena-ngi hadiah utama bernilai RM20,000 yang ditawarkan Shell (M) Berhad.

Atas arahan suspek, pe-ngadu kemudian memasukan wang RM1,099.47 ke dalam nombor akaun Bank Kerja-sama Rakyat Malaysia Bhd yang  diberikan suspek serta yuran peraduan sebanyak RM 1,500 dalam satu akaun Bank Simpanan Nasional.

Tidak cukup dengan itu, pengadu juga disuruh membeli kupon tambah nilai Maxis RM60 sebanyak lima keping dan menghantarkan  nombor pin isian semula berkenaan melalui SMS kepada suspek, katanya di sini semalam.

Bagaimanapun, selepas semua transaksi berkenaan selesai, suspek mula berasa curiga lalu menghubungi suspek namun gagal kerana suspek telah memutuskan talian telefonnya.

Saiman berkata siasatan awal di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan mendapati lelaki itu merupakan suspek utama dalam enam kes penipuan serupa melibatkan pelanggan di  Johor Baharu, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. — Bernama

Advertisement