Anda di sini

‘My Malaysia, My Sharp’ sempena Hari Kebangsaan, Hari M’sia

Advertisement

KUCHING: Sharp-Roxy Sales & Service Company (M) Sdn Bhd (SRSSC) menganjurkan kempen ‘My Malaysia, My Sharp’ sempena sambutan Hari Kebangsaan (31 Ogos 2014) dan Hari Malaysia (16 September 2014).

Menurut Pengurus Kanan SRSSC Johnny Chan pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang kempen itu antaranya beberapa siri jerayawara di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara.

“Kuching merupakan lokasi pertama jerayawara diadakan iaitu di Gedung Beli-Belah tHe Spring bermula hari ini (semalam) hingga 7 September 2014.

“Selain itu jerayawara sama akan diadakan di Gedung Beli-Belah Empire Kuala Lumpur dari 12-21 September 2014 diikuti di Alamanda Putra Jaya dari 23-29 September 2014,” katanya ketika ditemui di Jerayawara Sharp ‘My Malaysia, My Sharp) di Gedung Beli-Belah tHe Spring di sini semalam.

Chan menambah dari perspektif jualan ‘My Malaysia, My Sharp’ adalah program PWP (belian dengan belian), pembelian barangan kedua akan dikenakan diskaun dan tawaran menarik dengan memberi penekanan kepada angka 57 (Malaysia merdeka) dan 51 (pembentukan Malaysia).

Sebagai contoh katanya, pembelian TV LCD terpilih, peti sejuk dan model-model ketuhar melayakkan pembeli menikmati diskaun sehingga 57 peratus untuk pembelian barangan kedua.

Sementara itu, pembelian mesin basuh terpilih dan model-model ketuhar gelombang menawarkan 51% diskaun ke atas barangan kedua.

Manakala untuk pembelian model-model pendingin hawa terpilih, pelanggan boleh membeli kipas berdiri pada harga RM57.

“Kempen ini, yang bertujuan menyemai semangat patriotik dan setia kepada jenama Sharp. Oleh itu kita akan mengedarkan pelekat yang membawa mesej ‘My Malaysia My Sharp’ kepada pembeli.

“Ini adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia meletakkan pelekat dan untuk menghargai usaha mereka, SRSSC juga mengadakan peraduan ‘Selfie’ menarik bermula 25 Ogos lalu hingga 21 September 2014,” katanya.

Beliau menjelaskan peserta hanya perlu meletakkan pelekat pada kenderaan dan mengambil gambar mereka bersama pelekat yang telah dilekatkan dan hantar kapsyen kreatif ke laman Facebook AQUAS dan PCI.

Foto dengan kapsyen menarik akan memenangi hadiah mingguan berupa TV LCD AQUAS 60” . Sebanyak 211 hadiah terdiri daripada pelbagai produk Sharp ditawarkan.

Keterangan lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman sosial Facebook Sharp AQUAS dan Sharp PCI.

Advertisement