MUKAH: Pasukan bola sepak Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Mukah berjaya merangkul juara Kejohanan Piala Emas Peringkat Bahagian Mukah setelah membenam Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Mukah dengan 6-0.
Tempat ketiga disandang SMK Three Rivers Mukah apabila memenangi perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat mengalahkan SMK Oya 1-0.
Kejohanan tersebut berlangsung selama dua hari di padang SMK Mukah.
Enam pasukan menyertai kejohanan tersebut iaitu SMK Oya, MRSM Mukah dan SMK Dalat (Kumpulan A), manakala SMK Mukah (tuan rumah), SMK Three Rivers Mukah dan SMK St Patrick Mukah (Kumpulan B).
Pasukan SMK Mukah akan bertanding Piala Emas peringkat negeri mewakili Mukah pada 11 hingga 15 September ini di Kuching.