Anda di sini

Sarawak 0, Terengganu 0

Advertisement

Alberts membarisi semua pemain tempatan dan muka-muka baharu

KUCHING: Meskipun beraksi hanya untuk melengkapkan jadual saingan, namun Sarawak berjaya mengekang Terengganu dengan kedudukan 0-0 pada pertemuan terakhir peringkat kumpulan kempen Piala Malaysia 2014 di Stadium Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Menyedari pertemuan dengan Terengganu hanya mempertaruhkan maruah sahaja, Sarawak dibarisi semua pemain tempatan dan muka-muka baharu.

Dalam tempoh 15 minit perlawanan, Terengganu banyak melakukan asakan ke kubu Sarawak namun berjaya dipatahkan oleh jentera pertahanan pelawat.

Minit ke-19 pemain Terengganu, Ashaari Shamsuddin hampir-hampir menjaringkan gol untuk pasukan tuan rumah namun tersasar.

Minit ke-28, giliran Zubir Azmi hampir-hampir menjaringkan gol Terengganu setelah berjaya melepasi halangan lima pemain Sarawak namun ditepis keluar oleh penjaga gol Sarawak, Aidil Mohamad.

Aidil yang buat pertama kali diturunkan oleh Robert Alberts musim ini ternyata bertindak cemerlang untuk menyelamatkan gawang Sarawak daripada dibolosi Terengganu.

Selepas rehat, minit ke-55 Sarawak mengeluarkan Akmal Rizal dan memasukkan Rames Lai bagi menguatkan jentera serangan dan bahagian tengah.

Manakala minit ke-70, Sarawak turut menguatkan jentera pertahanan dengan memasukkan Shareen Tambi bagi menggantikan Dalglish Papin.

Advertisement