Anda di sini

MTA catat rekod cemerlang kejohanan taekwondo dunia

Advertisement

SIBU: Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) berjaya memperolehi lima pingat emas, dua perak dan sembilan gangsa pada Kejohanan Taekwondo Sedunia 2014 di Pohang, Korea Selatan.

Ketua pasukan, Leong Kin Fook menyifatkan kejayaan pasukan itu sebagai satu rekod kepada MTA lebih-lebih pencapaian itu di luar jangkaan mereka.

“Ini merupakan julung kali kita mengambil bahagian pada kejohanan itu. Kita tidak menjangka memperolehi sebarang pingat namun 16 pingat itu amat mengejutkan,” katanya.

MTA menghantar lebih 30 peserta di mana 16 peserta dari Persekutuan Taekwondo Sarawak (STF) dan selebihnya dari Semenanjung Malaysia.

Leong yang juga jurulatih STF berkata, peserta STF menyumbangkan dua pingat emas, satu perak dan tujuh gangsa.

Pingat emas disumbangkan oleh Lau Chong Tie dan Wong Ing Sing. Satu pingat perak disumbangkan oleh Lau.

Menurut Leong, adalah tidak mudah untuk menduduki tiga tempat teratas memandangkan peserta hebat-hebat belaka.

Seramai lebih 1,000 peserta dari 50 buah negara menyertai kejohanan ini termasuk dari China, Amerika Syarikat, Singapura, Myanmar, Taiwan, Sweden, Filipina dan sebagainya.

Advertisement