Anda di sini

JPAM Betong sedia bantu masyarakat

Advertisement

Oleh Saleman Senin //

UJI KECERGASAN: Gelagat anggota JPAM pada program perujian peralatan bantuan dan kecemasan.

TUGAS anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Betong memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai amatlah dituntut pada setiap masa.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Betong, Azamshah Apareal berkata pelbagai tugas diamanahkan kepada pihaknya tetap dilaksanakan demi membantu mereka dalam musibah.

“Kami menyediakan kemudahan membantu orang ramai yang memerlukan pertolongan.

“Kemudahan kami lengkap dan mampu membantu mangsa dalam kemalangan. Kami dilengkapkan dengan ambulans yang bersedia membawa mangsa kecemasan ke hospital,” katanya ditemui pada program perujian peralatan bantuan dan kecemasan di Tasik Medan di Betong.

Katanya, pengwujudan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) yang dibuka talian panggilan untuk orang awam memerlukan khidmat kecemasan 24 jam memberi kepercayaan kepada semua.

“Meskipun kami telah maklum pengoperasian PKOD dengan jelas, namun masih ramai mereka tidak tahu tentang kewujudan pusat JPAM di Betong.

“Kita ingin jelaskan nombor kecemasan PKOD Betong 083-471357 sebenarnya bersambung terus ke talian kecemasan 999 yang beroperasi. Setiap panggilan diterima terus untuk dimaklumi segera dan kita bertindak segera membantu.

“Sebenarnya JPAM juga memberi khidmat bantu sama dengan kemudahan ambulans yang membawa pesakit ke hospital dan pihak hospital dapat menerima pesakit dengan lebih bersedia,” katanya sambil menambah JPAM saling berhubung dan bekerjasama dengan pihak hospital, bomba dan polis untuk membantu masyarakat dalam kecemasan.

Antara aktiviti dijalankan perujian sistem peralatan kecemasan, bantuan utiliti serta ujian fizikal dan kecergasan anggota JPAM Betong.

Seramai 15 anggota terlibat dalam ujian dikendalikan oleh Azamshah sendiri.

Katanya, pelbagai program dijalankan bagi memberi motivasi dan menguji kecergasan anggota termasuk sukarelawan yang bertindak cemerlang apabila melaksanakan tanggungjawab mereka.

Advertisement