Anda di sini

Gelagat dua pencuri alat pembesar suara dirakam CCTV

Advertisement

SIBU: Dua orang lelaki mungkin berjaya melarikan satu set pembesar suara di sebuah kafe yang baharu beroperasi di Jalan Merdeka, di sini namun wajah mereka jelas dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) pagi kelmarin.

Rakaman CCTV menunjukkan dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal berhenti di tepi kedai terbabit sebelum mereka melakukan jenayah tersebut.

Salah seorang daripada mereka memanjat bahu rakannya bagi mencapai ketinggian yang secukupnya untuk berjuntai sambil membuka skru pada alat pembesar suara berkenaan.

Salah seorang mereka kemudian menunggu di motosikal sementara seorang lagi sedang sibuk membuka alat pembesar suara.

Bagaimanapun, suspek yang memanjat berkenaan tiba-tiba terjatuh bersama alat pembesar suara itu menyebabkan kakinya cedera dipercayai ditimpa alat pembesar suara tersebut.

Pada awalnya, kedua-dua mereka beredar dari situ tanpa sebarang hasil, namun mereka berpatah balik tidak lama kemudian untuk melarikan alat pembesar suara tersebut.

Dua suspek terbabit kembali semula ke situ sejam kemudian untuk mencuri sebuah lagi alat pembesar suara.

Pemilik kafe membuat laporan polis berhubung kes tersebut pagi semalam.

Difahamkan polis sedang menjejaki dua suspek terbabit berdasarkan rakaman CCTV berkenaan.

Advertisement