Anda di sini

Kes Mohamad Salleh saman Nurul Izzah, Saifuddin didengar 5 Jan

Advertisement

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan tiga hari mulai 5 Jan depan untuk mendengar kes saman fitnah yang dikemukakan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail terhadap anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berhubung pembelian beberapa unit kondominium.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu di dalam kamar apabila ia dibawa untuk pengurusan kes setelah mengadakan perjumpaan dengan peguam Jeffrey John, yang mewakili Mohamad Salleh, dan peguam Azura Adnan, yang mewakili Nurul Izzah dan Saifuddin.

Jumaat lepas, kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian bagi saman itu melalui proses mediasi.

Pada 24 Dis 2013, Mohamad Salleh, Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), dan syarikatnya memfailkan saman dengan mendakwa Nurul Izzah membuat kenyataan berhubung pendedahan Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli yang mendakwa Mohamad Salleh membeli lapan unit kondominium KL Eco City menggunakan dana yang diperuntukkan kepada NFCorp. — Bernama

Advertisement